Saturday 30 April 2016

semesta 5 !!

holaa.. sis dah abis semesta 5 lahai... hahahaha.. semesta yang sanggat mencabar sebabnya semua yang sis baca x semua nya yag masuk. tambah pulak carrymark sem ni sangat menyedihkan... hurmmmm. btw sis dah berjaya habiskan semesta ni dengan bangga nya.. yahooo... sis dah merdeka !!!! bye uniselian ... selamat bercuti ..!!

Monday 25 April 2016

Catatan Travel log ke KG. NAD TANJONG PATANI THAILAND.. 31/3/2016 - 4/4/2016



CATATAN TRAVEL LOG ( KAMPUNG NAD. TANJUNG PATANI, THAILAND)

hellooo... sis teringin nak kongsikan pengalaman sis sepanjang sis buat program ke patani thailand.. banyak sangat kenangan yang tak mungkin terucap dengan kata-kata.. kenangan yang x mungkin sis bole beli kalau sis sendiri tak melaluinya..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah kami En. Izwan Suhadak bin Ishak kerana memberi tugasan ini, walaupun pada awalnya saya kurang yakin dengan misi yang perlu dijalankan namun sebagai ketua kumpulan saya buang semua rasa itu dan saya nekad untuk teruskan juga dengan misi yang diberi.
Terus terang saya katakan pada peringkat permulaan hanya 2 orang daripada 10 orang ahli kumpulan yang ingin pergi meneruskan misi. Namun alhamdulilah setelah berjaya meyakinkan 7 orang ahli kumpulan termasuk saya, kami terasa kurang sedikit bebanan kerana hanya perlu mencari 3 orang pelajar Unisel yang lain untuk sertai misi kami di Patani, Thailand. Pada mulanya saya menganggap untuk mencari baki 3 orang lagi adalah perkara mudah rupa-rupanya saya salah sebab majoriti kenalan yang saya ajak untuk sertai sukarelawan ke Patani, Thailand akan bertanyakan soalan yang sama iaitu :
“ Selamat ke tempat tu..?”
“ Bukan dekat sana perang ke..?”
“ Kenapa nak ke sana ? takde tempat lain ke nak pergi?”
Saya faham mereka takut akan keselamatan mereka di sana, saya pun tidak terkecuali ada perasaan yang sama (of couse la rasa cuak, first time nak pergi sana pastu dengar macam-macam benda negatif, gila tak takut) tapi lepas saya berbincang dengan En. Izwan Suhadak (pensyarah) dan En. Usman (wakil NGO di Patani) semua perasaan was-was hilang yang ada cuma perasaan teruja (kesian mereka jawab soalan saya yang macam-macam, tapi jenis saya selagi tak dapat jawab yang sangat menyakinkan selagi tu saya tak puas hati..hehehe)
Selepas kami dapat mengumpulkan 10 orang sukarelawan untuk menjalankan misi di sana, tibalah masa untuk kami bekerjasama untuk mencari sponsor. Alhamdulilah dengan semangat kerjasama ahli kumpulan saya, kami berjaya mencari sponsor kurang daripada sebulan (penat oii ! turun naik cari sponsor.!!!). Saya bersyukur sangat dengan semangat yang ahli kumpulan saya tunjukkan akhirnya kami berjaya (alhamdulilah permulaan yang baik).
Terus terang saya katakan dengan duit sponsor yang kami dapat walaupun tak banyak namun cukup untuk menampung semua perbelanjaan kami sepanjang kami berada disana tanpa kami perlu keluarkan duit satu sen pon. Saya sedia maklum kehidupan seorang pelajar di university ni boleh diibaratkan macam kais pagi makan pagi, kais petang mungkin langsung tak makan..(hehehe) so saya memang nekad untuk menjalankan misi ni dengan kami tidak akan keluarkan perbelanjaan sebalikkan kami akan menyumbang tenaga dan keikhlasan untuk menjalankan misi ini.
Sebagai ketua kumpulan saya perlu memastikan semua ahli kumpulan saya berada di dalam keadaan yang selamat sepanjang berada di sana jadi saya telah berhubung dengan Kak Zuliana (seorang agen insurans dari Etiqa), saya berbincang mengenai pakej dan harga yang ditawarkan untuk melindungi kami sepanjang kami berada di sana. Alhamdulilah harga dan pakej yang ditawarkan sangat berbaloi dan kami membeli polisi yang ditawarkan.
Setelah semua keperluan dan kelengkapan yang diperlukan sudah sedia, kini tibalah masa untuk kami sekumpulan bergerak untuk menjalankan misi di Rumah Anak-anak Yatim Kampung Nad Tanjung Patani, Thailand.


30/3/2014 (Rabu) 
Saya keluar rumah pukul 7 malam dan sembahyang maghrib di masjid yang terletak berhampiran dengan stesen bas di Sek 13 Shah Alam. Pukul 8.00 malam semua ahli sudah mula berkumpul dengan ditemani oleh ahli keluarga masing-masing, tidak lama selepas tu sekumpulan pelajar Unisel (team brotherhood) datang untuk memberi sokongan kepada kami serious terharu sangat dengan semangat setia kawan dari mereka. Tepat pukul 8.55 malam bas kami tiba. Untuk ke Patani kami perlu menaiki bas sampai ke Pangkalan Kubur, Kelantan. Saya memilih untuk menaiki bas Ekpres Perdana untuk ke Pangkalan Kubur. Alhamdulilah, harga tiket yang murah dan keadaan didalam bas tersangatlah selesa dan yang paling penting dalam bas ada WiFi okey..(hahahha). Saya sarankan kalau nak tempuh perjalanan yang jauh lebih baik duduk di single sit sebab selesa. Perjalanan dari Sek 13 Shah Alam ke Pangkalan Kubur mengambil masa lebih kurang 8 jam dan dalam masa tu kita akan berhenti di 2 perhentian di antara sempadan Kelantan dengan Pahang.  Bas akan berhenti lebih kurang 45 minit sebelum meneruskan perjalanan. As usual kalau dah malam memang semestinya semua orang akan tidur dan serius yang cakap driver bas yang bawak tu dia bawak perlahan je so nak tidur memang nyenyak la. Masuk je di daerah kampung (saya tak pasti dimana sebab tengah mamai) saya tengok seorang demi seorang penumpang mula turun dari bas mungkin dah sampai destinasi agaknya.


31/3/2014 (khamis)

Kami tiba di Pangkalan Kubur pukul 5 pagi. Alhamdulilah selamat sampai, kami mula berkumpul. Oleh kerana ahli kumpulan kami ada seorang pelajar Unisel yang berbangsa India jadi dia ditugaskan untuk menjaga beg sementara kami semua beredar ke masjid yang berhampiran untuk solat subuh. Jarak masjid tu dari tempat bas berhenti tidak lah terasa jauh kalau kita berjalan secara beramai-ramai tapi hakikatnya boleh tahan jugak la jauh dia sebenarnya… Lebih kurang 1km (hahahaha).. nasib la ada ahli kumpulan yang bukan beragama Islam jadi tak perlulah kami mengangkut beg yang berat-berat tu. Terima kasih Rush ! sebab tolong jagakan beg..(hehehe). Selesai je solat subuh kami kembali di perhentian bas. Tepat pukul 8 pagi kami mula bergerak ke emigresen Kelantan untuk cek passport dan terus ke jeti untuk ke seberang. At the time, seriously perasaan takut mula timbul ye la first time pergi ke Thailand dan pulak tu macam-macam feedback kami dapat daripada orang ramai yang mintak kami supaya berhati-hati. Allahu Akbar!! Time tu memang tawakal jer la yang mampu. Harga tiket untuk ke seberang (Tak Bai) cuma seringgit satu kepala so kalau kami RM 10 la.. dan jarak antara Kelantan ke seberang (Tak Bai) tak jauh pun x sampai 5 minit pon duduk dekat dalam bot tu.. (hahaha) kejap sangat. Tiba sahaja di Tak Bai, saya call En. Usman (NGO dari Patani) dia cakap dia on the way. So memandangkan kami semua lapar jadi saya decide untuk pergi makan di kedai berhampiran. Oleh sebab Tak Bai hanya sempadan dengan Kelantan jadi bahasa dan makan mereka dengan masyarakat Kelantan tidak ada beza dan alhamdulilah kami masih boleh faham dengan apa yang mereka cakap walupun hakikatnya 10 sukarelawan yang pergi semuanya berasal dari Selangor. Makanan yang kami pesan untuk sarapan pagi tu nasi kerabu untuk alas perut dan sangat surprise sebab harga dia untuk 10 orang makan termasuk dengan air hanya RM 23.70 jer.. serius murah kalau kat Kuala Lumpur tak dapat harga tu dah la sedap serious puas hati. Tak lama lepas tu En. Usman datang bersama seorang kawan dia dan terus bawa kami menaiki van putih (hahaha) kalau dekat Malaysia orang dengar jer pasal van putih mesti semua orang akan takut, tapi hakikatnya van putih yang mereka sediakan untuk kami serious selesa, besar cukup lah muatkan 12 orang dan semua beg pakaian dalam tu..(hahahaha) dan dalam van tu siap ada set karaoke lagi okey. Perjalanan dari Tak Bai ke Kampung Nad Tanjung mengambil masa lebih kurang 2 jam tapi sebabkan kami banyak singgah di beberapa tempat jadi perjalanan tu mengambil masa yang agak lama. Masuk sahaja ke lebuh raya di Patani ni kita kan lihat di setiap 5 km akan ada sekatan jalan raya daripada pihak polis. Pada mulanya memang perasaan takut tu mula menyerang tapi selepas 5 sekatan kami lalui sepanjang perjalanan perasaan takut tu terus hilang sebab ada sekatan yang hanya ada penghadang tanpa ada polis pun sebenarnya (hahaha) so takde la takut sangat. Kami singgah di sebuah kedai handphone untuk beli simkad baru (simkad Thailand ) untuk memudahkan kami berhubung dengan orang di Malaysia. Harga simkad tu 700 baht bersamaan dengan RM 7 duit Malaysia. Sambung perjalanan ke Kampung Nad Tanjung dan amat mengejutkan saya dekat sini takde tol?? Tak macam Malaysia, sampai di Rumah Anak-Anak Yatim Nad Tanjung  kami semua di sambut oleh Ketua Kampung, Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim serta beberapa orang AJK kampung. Alhamdulilah apa yang saya boleh gambarkan keadaan dekat sana tenang dan aman jauh dari kesibukkan kota macam dekat Kuala Lumpur. Kedatangan kami di sambut meriah oleh mereka, selepas berjumpa untuk sesi suai kenal bersama AJK kami dibenarkan untuk berehat di rumah yang disediakan rumah lelaki dan perempuan diasingkan seriously rumah tu amat selesa dan semua kemudahan adalah lengkap. Memandangkan hari ni adalah hari pertama kami di sini, lepas Asar kami tidak berbuat apa-apa. Pelajar lelaki mula berkenalan dengan anak-anak kampung dan bermain bola bersama. Saya dan yang lain meminta bantuan seorang AJK masakan untuk membawa kami ke kedai berhampiran untuk membeli barang yang diperlukan dan yang paling surprise is kita dibenarkan naik motor pusing-pusing kampung tanpa perlu lesen tanpa perlu helmet (hahahah), bila dah beli barang sangat terkejut walupun kami beli barang dalam kuantiti agak banyak tapi harga dia serious murah sangat 426 baht jer (RM42.60) banyak kot kami beli kalau kat Malaysia memang tak dapat la harga tu..(hehehe). Selesai sahaja solat maghrib kami makan malam bersama dan selepas tu semua AJK kampung membuat perjumpaan bersama untuk menetapkan tentatif sepanjang kami berada di sini, saya gelarkan mereka ni pakcik-pakcik la (hormat sikit), mereka semua ni sporting habis ada jer perkara yang boleh buat kami tergelak.


1/4/2016 (Jumaat)
Seperti perbincangan yang dilakukan semalam bahawa semua kanak-kanak akan datang ke rumah anak yatim Nad Tanjung pukul 8.30 pagi. Jadi kami bersarapan terlebih dahulu setelah itu menunggu kanak-kanak sampai. Macam kebiasaan pada hari pertama tidak ramai kanak-kanak yang hadir kerana saya menjangkakan yang akan hadir seramai 50 orang namun yang hadir hanya 15 orang. Saya di maklumkan anak-anak yatim sedang bercuti jadi mereka tidak berada di situ sebaliknya pulang ke rumah masing-masing. Jadi yang hadir hanyalah beberapa orang anak yatim dan selebihnya adalah kanak-kanak penduduk setempat. Kami mulakan sesi pembelajaran dengan sesi suai kenal. 45 minit memulakan sesi ice breaking, Abg Mat ( AJK ) datang mempelawa kami semua dan kanak-kanak ke sungai kerana pada hari itu terdapat perasmian pelepasan anak-anak udang ke sungai. Kami pergi ke sana dan alhamdililah kedatangan kami di sambut dengan penuh hormat dari penduduk setempat kami juga berpeluang untuk sama-sama sertai aktiviti perlepasan udang, dan saya sebagai ketua boleh katakan nasib kami memang sangat baik dan bertuah kerana kami berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan Timbalan Menteri Besar Patani (orang sana panggil Raja Negeri) dan yang paling penting kami juga dapat bergambar dengan beliau. Selepas majlis selesai kami berjalan pulang dan berehat sebentar sementara pelajar lelaki ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Dekat sini paling penting adalah masa, masa di Thailand lambat 1 jam daripada Malaysia so masa mula-mula memang rasa pelik (hahhaaha). Tepat pukul 2.30 petang kanak-kanak sekali lagi datang untuk belajar bersama kami by the way di sana mereka akan menggunakan perkataan “datang mengaji” so kalau kita akan guna perkataan belajar dan mostly kanak-kanak kat sana akan menggunakan loghat Kelantan dan kurang fasih berbahasa Melayu sepenuhnya.  Untuk sesi pertama kami mula mengasingkan antara kanak-kanak yang berumur 4 hingga ke 7 tahun di satu tempat dan selebihnya di satu tempat yang lain. Apa yang saya boleh gambarkan disini adalah walaupun kanak-kanak disana berumur 10 tahun hingga ke 12 tahun tapi tahap pemahaman mereka seperti kanak-kanak yang berusia 6 tahun begitu juga sebaliknya. Selesai sahaja mengajar mereka, kami bersiap untuk melakukan aktiviti diluar, menurut En. Usman pada hari itu ada pasar malam di dalam kampung jadi dia benarkan kami menaiki basikal 3 tempat duduk dan selebihnya menaiki motor. Wow ! itu adalah pengalaman yang paling indah, pusing-pusing kampung sambil bertegur dengan penduduk adalah satu pengalaman yang tak dapat dekat Malaysia beb !! Pasar malam dekat Patani sama jer sebenarnya dengan Malaysia cuma kami bertuah sebab dapat merasa makanan mereka. Pulang sahaja dari pasar kami terkejut kerana Ketua Kampung ada membawa seekor kuda untuk kami tunggang, dan saya tak lepaskan peluang untuk tunggang kuda tu dan itulah pengalaman pertama saya !! selepas solat maghrib dan isyak, sekali lagi pelajar datang untuk “mengaji” cuma bezanya umur mereka lingkungan 15 tahun hingga 19 tahun. Jadi kami adakan kelas malam untuk pelajar dewasa sahaja.


2/4/2016 (Sabtu )
Kanak-kanak kat sini bagus, kami suruh datang pukul 8.30 tapi pukul 7.50 dah berlegar-legar kat kawasan rumah kami. (adik-adik oii.. kenapalah cepat sangat awak semua datang, akak-akak belum sarapan lagi lahaiii..hehehe) kalau kat Malaysia memang takde la macam ni biasanya orang suruh datang pukul 8.30 , pukul 9 pun belum tentu dorang muncul(hehehe). For today, alhamdulilah kanak-kanak makin bertambah kalau semalam 15 hari ni ada 30 puluh orang dan aim kami (sukarelawan) datang ke sini adalah untuk mengajar bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kepada mereka so untuk hari kedua sesi pembelajaran kami akan ajar bahasa Inggeris. Macam semalam kami sekali terpaksa asingkan kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga 7 tahun di bilik lain dan diajar oleh  saya, Lala , Tipah , Asriq dan Fitri. Bagi kanak-kanak yang berusia 10 tahun hingga 12 tahun diajar oleh Mawar, Rush , Ili, Fairus dan Ferdaus. Pengalaman pertama untuk saya mengajar budak-budak sebab sebelum ni langsung tak pernah terlintas untuk mengajar inikan lagi perlu mengajar budak-budak untuk membaca ABC. !!! pengalaman yang sukar untuk digambarkan sebab ia sangat mencabar emosi dan kesabaran sebenarnya (salute untuk guru-guru tadika yang sabar mengajar kanak-kanak). Untuk kanak-kanak ni mula-mula saya tengok dorang ni macam malu-malu jer nak cakap nak tulis tapi saya tetap nampak semangat mereka untuk belajar. Bila saya tengok kanak-kanak mula hilang fokus mungkin sebab terlalu lama belajar kami mula memberi mereka keropok (jajan) dan mereka mula memberi tumpuan (tu jer umpan untuk tarik perhatian kanak-kanak kat sini.. hehehe). Tepat pukul 11.30 pagi mereka mula bersurai dan this time untuk kami (sukarelawan) berehat sebab akan ada sesi untuk pembelajaran pada waktu petang. Pukul 2.30 mereka datang untuk “mengaji” untuk kanak-kanak yang dibawah bimbingan saya, Lala Tipah , Asriq dan Fitri kami telah berbincang untuk kelas yang 2 jam ni kami akan mengajar selama satu jam dan selebihnya akan buat aktiviti supaya mereka tidak bosan.  Kami mengajar mereka ABC dan kemudiannya mula menyanyi dan menari chicken dance( hahahaha). Since tengok mereka gelak, saya rasa puas sekurang-kurangnya kanak-kanak di sana akan datang lagi untuk “mengaji” bersama kami. Petang selepas mengajar kami (sukarelawan) buat aktiviti luar, semua sukarelawan perempuan menunggang basikal ke pasar dan keliling kampung. Sebelah malamnya pulak kami mula mengajar bahasa Inggeris untuk remaja tapi ada satu kejadian kelakar ada seorang adik ni nama dia Ghadaffi umur dia 12 tahun, dia ni jenis nak belajar tapi cepat lupa. MasyaAllah itu sangat la menguji kesabaran terutamanya saya , Mawar dan Ili dan akhirnya kami give up dan kami serahkan tugasan mengajar kepada Rush (hahaha).


3/4/2016 ( Ahad )
Kami sekali lagi kira sebagai bertuah kerana En. Wan seorang NGO yang mula-mula memperkenalkan Unisel kepada Kg. Nad Tanjung datang menemui kami disini. Banyak pengalaman yang dia kongsikan, bagi pandangan saya secara peribadi sebelum kami ke sini saya ada berhubung dengan beliau dan dia memang seorang yang agak tegas tapi bertanggungjawab (hahaha), kira macam berhubung dalam Whatapps tak sama dengan bercakap secara bersemuka. Selepas En. Wan pulang, kami sekali lagi meneruskan aktiviti bersama kanak-kanak tersebut. Kami gabungkan mereka (kanak-kanak) dan menyuruh mereka membentuk kumpulan dan memberi mereka kertas untuk mereka lukis segala apa yang terlintas di fikiran mereka dan selesai sahaja aktiviti itu as usual kami akan beri kanak-kanak itu keropok (jajan). Petang, kami tidak mengajar sebaliknya semua AJK kampung membawa kami pergi menziarahi tempat-tempat bersejarah dan shopping time !!! tempat pertama yang kami lawati adalah masjd Ah Sol, masjid ni dekat jer dengan rumah tapi tu tak penting yang penting umur masjid ni lebih 400 tahun tau.. walaupun kecik tapi sampai sekarang orang guna hebat kan??? Lepas tu kami pergi ke Masjid Kher Sae, masjid ni masjid sejarah tau sebab dulu dia pernah kena bom kalau tak silap waktu solat subuh so sekarang bila kami tengok memang banyak sangat kesan percikan bom yang terdapat di dinding-dinding masjid dan masjid ni masih digunakan. Selepas kami singgah dekat tempat pengeringan garam, seronok tapi dia umpama mimpi ngeri untuk saya (kelakar pon ada gak.. hahaha). Masa nak masuk ke tempat pengeringan ni kami(sukarelawan) akan guna titi yang tunggu masa nak roboh dan saya terpaksa jadi wakil perempuan yang pertama naik kat titi tu sebab yang lain takut (bukan nak tunjuk hebat tapi terpaksa!!). Tempat tu luas sangat dan sekali pandang tanah dia macam kering like kemarau tapi jangan sangka tanah yang kering tu takda selut okey. Masa nak berjalan boleh plak kaki saya masuk dalam selut sampai saya tak mampu nak tarik kaki saya ke atas dan time tu hanya mampu menjerit sekuat hati sebab saya rasa makin lama kaki saya makin ke dalam tak tahu nak gambarkan macam mana serious takut dan terkejut (mimpi ngeri!! Hahahaha…). Lepas basuh kaki semua tu kami pergi ke sebuah university nama dia Prince of Songkla University , seriously besar sangat dia punya university kami (sukarelawan) berkesempatan untuk solat di sana dan pergi ke fakulti International Islamic Science Building. Lepas tu kami ke sebuah café yang terletak berhampiran dengan untuk duduk minum. Café tu sekali nampak macam biasa-biasa jer tapi bila dah masuk dalam pastu dia ada pintu belakang, dekat pintu belakang permandangan dia serious cantik macam ala-ala dalam taman dan semua menu yang  dia hidangkan semua berasaskan roti, macam roti canai, roti tisu, roti pisang semua la (hehehe).. lepas tu kami semua pergi ke pasar malam, dekat sini kami beli cenderahati (actually tempat untuk beli cenderahati dekat sini tak sama dengan Malaysia) ada satu kedai jer yang jual baju, keychain yang boleh dijadikan cenderahati tapi tu pun kena order sebab dia takde yang ready made punya. Pastu kami berlegar lah dekat pasar malam tu. Dah penat En. Usman dangan AJK yang lain bawak kami makan kat luar pastu balik.


4/4/2016 (Isnin )
Hari terakhir kami di Kampung Nad Tanjung, perasaan sedih mula la tiba (drama sangat). Pagi tu kami tak mengajar tapi kami buat aktiviti bersama kanak-kanak di sana, apa yang saya nampak bilangan kanak-kanak semakin bertambah jumlah keseluruhan yang datang meningkat menjadi seramai 68 orang. Kami mula bernyanyi bersama, pasang video dan lain-lain. Kami lepaskan mereka untuk pulang lebih awal kerana kami perlu kemas barang kami dan melakukan persiapan untuk majlis penutup. Pukul 12.30 majlis penutup pun bermula, dimulakan dengan kata-kata ucapan daripada pihak AJK dan kami (sukarelawan) setelah itu majlis penyerahan sumbangan. Sebelum pulang kami bergambar di Rumah Anak-anak Yatim bersama dengan semua AJK. Saya tak sangka kedatangan kami dihargai, kami (sukarelawan) dijemput ke majlis kenduri doa selamat salah seorang penduduk kampung. Alhamdulilah mereka layan kami dengan baik (sampai segan kami dibuatnya). Sebelum Abang Mat menghantar kami ke Tak Bai , pengerusi pertubuhan, En. Said membawa kami singgah di Pejabat Majlis Pembandaran Nad Tanjung Patani. Alhamdulilah sekali lagi kami menerima layanan yang baik, setelah pengkongsian pengalaman dibuat kami turut menerima cenderahati daripada mereka(hehehe). Lepas kami terus ke Tak Bai, macam mula-mula kami sampai perjalanan memakan masa selama 2 jam so apa lagi tido la(hahahaha). Sampai jer dekat Tak Bai sekali lagi pengalaman yang tak mungkin saya akan lupakan (pengalaman yang kalah cerita seram). Kami sekumpulan tersangkut di imigresan di Thailand. Waktu tu tuhan yang tahu macam mana perasaan ni (rasa nak nangis. !!). Masa tu nak cop passport di Thailand tapi dorang kata passport kami tak sah sebab takde cop !! punya la panic time tu, risau gila kalau tak balik. Yang paling tak boleh terima abang yang jaga jetty tu boleh suruh kami masuk ke negara kita sendiri secara haram.. !!!( what ??) time tu memang tak boleh fikir apa dah cuma tawakal jer, lebih kurang 20 minit berfikir pastu call orang sana.. call orang sini dan kami decide nak masuk ke Malaysia secara halal dan kami akan tempuh apa sahaja yang datang bersama. Kami seberang balik ke Malaysia naik bot pastu seperti yang dijangka kami memang kena tahan di imigrasen Malaysia (time tu nak kata takut tak, nak kata happy pun tak dia macam seram-seram sejuk jugak la). Boleh plak akak kau kaunter tu suruh kami perlu jumpa bos atasan dia then saya as a ketua and Mawar terpaksa pergi. Macam-macam soal jawab kami dapat dan alhamdulilah kami bebas..!! time tu rasa lega yang teramat sangat sebab kali berjaya balik ke Malaysia dan berjaya menempuh semua dugaan dengan jayanya.!!! Bayangkan kami sampai di Tak Bai untuk balik waktu tu jam pukul 4 petang pastu buang masa memikirkan cara nak masuk ke Malaysia pastu pulak dengan kena jumpa dengan pegawai imigeren semua makan masa lama kot, selesai jer semua dah pukul 7 so terus pergi masjid solat magrib la cerita dia (terus insaf beb..!!) Bas kami tiba pukul 7.55 so lepas solat kami terus ke stesen bas dan terus naik. Alhamdulilah kami sampai di Shah Alam dengan selamat.


To sir Izwan we did it !! kami berjaya sahut cabaran sir untuk ke Patani, Thailand. Dan untuk semua yang selama ni bersangka buruk pasal Thailand saya secara peribadi rasa awak semua patut pergi dan cuba sendiri pengalaman baru disana, sebab saya sendiri rasa selamat dan takda bunyi bom or something yang rase pelik sepanjang kami di sana. Orang-orang dekat sana pun baik-baik dan ramah. Akhir kata dari saya, berada di tempat orang akan mengajar kita satu pengalaman yang tak semua orang akan dapat dan pengalaman itu yang membuatkan kita semakin berani untuk sahut cabaran tanpa memikirkan perkara negative segala kita ta tempuh ia sendiri.




























Saturday 14 November 2015

rindu abah

semalam genap 40hari arwah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lama nyer.. ya allah sekejap sangat rasa nyer kau ambil dia dari kai.. aku rindu sangat nak dengar suara dia.. nak rasa lagi pelukan dia.. kenapa mesti dia ya allah..?? x kuat rasa nyer kaki ni bila mana aku sampai jer rumah dah lihat dah terbaring kaku .. 

abah meninggal 8/10/15 tepat pikul 11.05 pagi disisi mak.. ya allah .. kuatnya mk mengharui ni sorang2 tanpa aku dan adik2 yang lain..tabahnya hati dia melihat suami tercinta pergi menghadap ilahi... sesungguhnya aku sendiri tak mampu untuk menjadi setabah dan sekuat mak... ya allah kau berikan la kekuatan dan kesabaran kepada mak untuk membesarkan kami adik beradik..

memula masa abah xd .. entah lah.. tuhan jer yang tahu betapa sunyi nyer rumah .. kalau boleh har2 nak pergi kubur teman kan abah.. ya tuhann... rse macam x percaya dia dah xd.. sedih ,, rindu,, semua lah perasaan time tu..

seminggu pertama , alhamdulillah aku tengok mak macam dah mula terima.. mungkin dia jadi kuat sebab dia xnak sedih depan anak2.. even dah 40 hari abah xd pon aku tengk mak akan nangis setiap kali sembahyang.. dia akan baca surah yasin setiap hari untuk abah.. mungkin tu jer cara untuk dia lepaskan rindu kat abah..

aku pulak lepas 8 hari buat keputusan untuk ulang alik dari shah alam ke rumah.. mmg laa penat sebab ulang lepas kelas.. tapi nak buat mcam mana .. terpaksa berkorban.. sebab aku xnak tgok mak sensorang kat rumah.. bukan x percaya kat adik2 tapi sedia maklum laa kalau dah nama nyer lelaki xd makne nyer nak melekat kat rumah..




Friday 2 October 2015

Sendiri cari nahas

Kehaduran Mr.H dalam hidup aku bukan untuk kekal tapi ganya untuk membuatkan hati aku keliru dengan orang yang betul2 sayangkan aku... Mungkin aku da buat satu kesalahan yg besar iaitu silap menilai org... Orang yang x bersalah Dan setia untuk sayang da terima aku, aku pandang macam xd value.. Dan bila dia da start tok move on aku baru sedar yg selama nii aku silap.. Tapii.. Semua tu dah terlambat.. Dah xd makna... Hati org kan..?? Selama ni aku x pernah nak jaga hati Dan perasaan org Dan bila org tu da tawar hati ngan aku. aku baru sedar yg selama ni dila betul2 syg kan aku... Kau bodo iena.. X tahu menilai yg mana permata Dan yang mana kaca... Dila sikit punya sabar dengan perangai kau.. Kau plak layan dia macam dila xd perasaan Dan Sekarang kau nak kata yang kau menyesal..?? Dah x guna iena. X guna dah sekarang... Betul laa kata org semut yg kat seberang laut aku kejarkan tapi gajah yang kat depan mata kau x nampak.. Sia2,kau kejar Mr. H padahal dia anggap kau kawan jer... Day laa iena nak nangis pon xd guna.. Bnde da jadi.. Padan ngan muka kau.. Terima je laa salah kau... Berharap je la yg hati dia masih lagi ade untuk kau.,walaupun kau tahu peluang kau nak dapatkan semula semua sayang dia makin susah...

Monday 28 September 2015

alhamdulilah...

yahoo.. happy .. aku gembira sangat.. rase nak menlompat2 dah sekarang nii.. sebab novel yang aku dah hasilkan selama 2 tahun akhirnya dapat dihantar ke KAKI NOVEL dan akhirnya dorang sekarang dalam proses menilai.. hahahaha... 
Image result for gembirahahaha .. alhamdulilah .. insya allah kalau ade rezeki dia boleh terbitkan.. aku harap sangat penerbitan KN boleh bagi peluang kat penulis baru yang nak bertapak ni.. hahahaha... 
doakan okey.. !!